Dengan nama Allah yg maha Pemurah lagi Pengasihani,
Segala Puji bagi Allah yang memiliki segala keagungan. Ya Allah cucurilah
kesejahteraan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan nabi2 terdahulu dan para sahabat.
Doa 1} [ Ya Allah, wahai
Tuhanku, hidupkan aku dengan iman, matikan aku dalam iman serta masukkan aku ke
dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhanku, ampunilah segala dosaku
dan dosa-dosa kedua ibubapaku, serta kasihanilah ibubapaku sebagaimana mereka mengasihaniku
semasa aku masih kecil. Berkatilah usia mereka, permudahkanlah jalan hidup mereka,
kurniakanlah kesihatan yg baik buat mereka, jauhilah kedua ibu bapaku dari
penyakit nyanyuk dan matilah mereka dlm Iman, dan kumpulkan mereka dgn para
Anbiya di syurga.
Ya Allah, akhirilah umurku dengan kesudahan yang baik dan janganlah
kiranya Engkau akhirkan umurku dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya
Tuhanku, janganlah kiranya Engkau pesongkan imanku setelah Engkau kurniakan
kepadaku hidayah. Anugerahkanlah aku dengan rahmatMu kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia dan
maha pengasihani. ]
Ya Allah tolonglah diriku, suamiku, anak2ku untuk mengingatiMu,
bersyukur kepadaMu dan melakukan Ibadah sebaiknya untukMu. Ya Allah kami pohon
kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan. Ya Allah terima
lah solat kami, ampunkanlah dosa kami dan jangan engkau seksa Kami. Ya Allah
hidupkan kami dgn kehidupan para ulama, matikan kami dgn kematian syuhada dan
kumpulkan kami bersama para auliya, dan masukkan kami ke syurga dgn para anbiya
Ya Allah yang maha pemberi, ampunkan dosa dosa kami dan keterlanjuran
kami dalam segala urusan dan teguhlah pendirian kami dan tolonglah kami
menghadapi orang orang kafir.
{Doa 2} [ Ya
Allah wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada syak dan keraguan dan daripada mensyirikkanMu
dan aku berlindung denganMu daripada kufur dan pura pura beriman, dan aku mohon
perlindungan Mu daripada kejahatan akhlak dan pandangan yang buruk serta
bisikan negative dan jahat yg berasal dari diriku atau bisikan syitan, dan Aku
mohon berlindung dari kesudahan yang buruk pada harta-hartaku, keluargaku dan
anak-anakku sekalian.
Ya Allah, wahai Tuhanku,
aku memohon perlindunganMu ke atas diriku, suamiku, anak2ku serta isi rumah ini
daripada segala bala bencana, marabahaya, binatang berbisa, daripada hasad
dengki manusia, aku mohon berlindung denganMu dari hambaMu yg jahat dan
khianat, serta daripada gangguan Jin, Iblis dan syaitan dari pagi hingga ke
petang. Dan Petang hingga ke Malam. Keluarkanlah mereka dari rumah ini. Sesungguhnya
engkau telah memberi kelebihan kpd mereka, utk Nampak akan kami, dan kami tidak
Nampak akan mereka..maka tolong lah kami dari kejahatan dan sihir mereka..
Aku juga mohon
perlindunganMu ke atas diriku, suamiku dan anak2ku daripada kegembiraan
orang-orang yang membenci kami di atas kekecewaan kami, dan aku mohon
perlindunganMu daripada menghidap sebarang penyakit dan harapan yang
menghampakan, daripada kecelakaan dan kesudahan yang buruk ]
{Doa 3} [ Ya
Allah Tuhan yang Maha Penyayang dan Pengasihani, Tolong lah aku untuk menjadi
isteri yang baik kepada suamiku, ibu yang baik kepada anak anak2ku. Ya Allah
engkau kurniakanlah aku ilmu , ilham dan petunjuk yang baik dlm mendidik anak
anak ku. Dan aku mohon kasih sayangMu ke atas anak2ku, jadilah mereka anak2
yang baik, hafiz hafizzah, soleh solehah. Jadikanlah mereka anak2 yg mendirikan
solat 5 waktu, mengerjakan kebaikan dan beriman. Jadilah mereka orang yg alim
dlm ilmu agama dan ilmu dunia, para cendiakawan yg dihormati dan alim ulama yg
disegani. Jadilah mereka sayang akan Al-Quran, membacanya, menghafaz dan
menghayatinya. Dan jadikanlah Al-Quran itu sayang akan mereka dan duduk dengan
mereka. Permudahkanlah jalan hidup mereka dan permurahkanlah rezeki untuk
mereka.
Ya Allah yang maha
Pemberi. Aku memohon kemurahan rezekimu keatas diriku, suamiku dan anak anakku
melalui pekerjaan kami, perniagaan kami serta melalui jalan yg tidak disangka
sangka. Kurniakanlah kami rezeki yang halal dan berkat. Ya Allah jika rezeki
kami masih di langit maka turunkanlah, sekiranya masih didalam bumi,
keluarkanlah, Sekiranya sukar, permudahkanlah, dan sekiranya jauh, dekatkanlah.
Wahai tuhan yang agung dan permurah limpahkanlah kami dengan rezekiMu,
sesungguhnya Engkau lah sebaik baik pemberi rezeki.
Ya Allah, aku memohon
dariMu kebajikan yang segera dan yang akan datang yang Engkau ketahui dan aku
tidak ketahui. Aku memohon dariMu syurga dan apa saja yang boleh aku
menghampiri kepadanya daripada percakapan, perbuatan, gerak hati dan Iman. Dan
aku berlindung dengan Engkau dari azab neraka dan apa saja yang boleh
menghampiri aku kepadanya dari percakapan, perbuatan, gerak hati dan sifatku.
Ya Allah, aku memohon kebajikan sebagaimana yang
dipohon oleh hambaMu dan pesuruhMu, Nabi Muhamad s.a.w. Ya Allah, apa yang
Engkau tentukan atasku sesuatu perkara, jadikanlah kesudahannya petunjuk wahai Tuhan
yang berdiri sendiri, wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia. Tiada Tuhan
yang lain melainkan Engkau, dengan kemurahan rahmatMu, aku memohon pertolongan,
dan dari azabMu aku minta dijauhkan, dan perbaikilah keadaanku seluruhnya
sebagaimana Engkau perbaikkan orang-orang yang soleh. ]
No comments:
Post a Comment