Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka
yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan
untuk dilaksanakan umat Islam sepanjang bulan ini.
Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram
Amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah
sehingga 1 Muharam adalah:
1. Berpuasa pada hari
terakhir Zulhijjah.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan
seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.” (Sahih Muslim)
2. Berpuasa juga pada
hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada
hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya
walau selama 50 tahun melakukannya.” (Hadis
riwayat Ibni Abbas r.a.)
3. Membaca Doa Akhir
Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah
kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan
masa yang sebentar sahaja.”
Doa Akhir Tahun
4. Membaca Doa Awal
Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman
anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua
malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1
Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
Doa Awal Tahun
5. Qiamullail:
a) Bersolat sunat
- Solat Tahajjud, Solat Hajat, Solat Sunat Taubat.
b) Membaca
Al-Quran.
c) Berzikir.
6. Selepas solat
fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah gabungan ‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan
‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.
Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan
keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.
7. Doa Awal Muharam
Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali.
Contohnya seperti doa berikut:
a. Doa Pertama:
Doa Awal Muharram
Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani,
menyatakan; “Hendaklah dibaca ‘Doa Awal Muharam’ ini sebanyak 3X pada setiap
hari selama 10 hari pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan
sepanjang tahun itu.”
ATAU boleh juga di baca;
b. Doa Kedua:
“Ya Allah! Dikaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru
ini daku bermohon kepadaMu semoga terpelihara daripada syaitan dan pengaruhnya.
Daku memohon pertolonganMu, peliharakan daku daripada nafsu amarah dan jahat,
dan perkara yang membimbangkanku. Daku memohon akan perkara yang menghampirkan
daku denganMu, wahai Tuhan yang Maha Mulia!”
Jelas Ibni Abbas lagi; “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1
Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”
Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya
dengan keikhlasan amalan yang dilakukan seperti di atas.
Wallahu A’lam bishowab
.
http://shafiqolbu.wordpress.com/

No comments:
Post a Comment