Sebagai Ibu Bapa melihat bayi menangis adalah sesuatu yg merisaukan. Cuba lihat samada bayi anda kelaparan, diapersnya perlu ditukar, atau bayi mengantuk. Jika tidak di sini ada beberapa tips yang amat membantu mengatasi bayi menangis.
Nasihat terbaik untuk ibubapa kepada bayi yang menangis
ialah untuk bertenang. Dan jika anda tidak rasa tenang, berpura-puralah!
Biarkan setip usaha untuk menenangkan mengambil masanya sendiri. Contohnya,
jangan tukarkan posisi serta-merta jika ia tidak membantu; tunggu untuk
beberapa minit, cuba lagi selepas jangkawaktu yang lebih panjang sedikit.
Kesabaran dan konsisten boleh jadi cukup untuk menenangkan anak anda Disini ada
15 strategi penenang untuk dicuba:
• Dukung bayi anda dibahu, kepalanya melekap kepada pipi
anda. Dengan meletakkannya di bahu, boleh membantu menenangkan belakang dan
perut bayi anda.
• Melihat sesuatu yang baru boleh mengalihkan pandangan
mereka, seperti pokok yang bergerak-gerak didalam angin atau benda bermuzik
yang bergerak.
• Bayi sudah biasa menyelit diruangan yang sempit (bayangkan
betapa sempit ruang sewaktu minggu-minggu akhir mereka didalam rahim ibu), jadi
kereta sorong atau katil bayi adalah terlalu besar dan menakutkan. Gunakan
selimut untuk mengurangkan ruang dan bayi akan dapati mudah untuk tenang.
Balutkan bayi dengan kain selimut, jangan ketat sangat atau panas sangat,
tetapi ia boleh memberikan rasa selesa apabila dibalut sewaktu anda masih
kecil.
•Mandi sebelum tidur juga bagus untuk menenangkan.
• Letakkan bayi pada kain pendukung bahagian hadapan atau
sling, cukup tinggi untuk anda dapat mengucup dahinya. Bayi anda akan rasa
hangat, dapat menghidu bau anda, mendengar degupan jantung anda, dan berbuai
apabila anda bergerak.
• Bercakap, menyanyi dan bersenandung – atau apa sahaja
• Rendahkan suara dan dengan bunyi yang tidak terlalu berat
sekitar bayi anda. Ada kanak-kanak yang sangat sensitif dan mudah jadi sangat
penat dan terlalu teruja
• Dakap bayi rapat pada anda bila dia menangis. Kebanyakan
bayi suka bila badannya rapat pada anda.
• Mula menyanyi, tukar posisi, atau geletek perut kecil itu
– mengalih pandangan dan kejutan boleh mengurangkan airmata.
• Menepuk punggung bayi dengan rentak tertentu adalah kaedah
yang terbukti boleh menenangkan bayi anda.
• Kebisingan tertentu – anda mungkin rasa dapati bunyi
vakum, mesin basuh, kipas ekstraktor atau pengering rambut bising, tetapi bayi
mendapati ianya kadangkala mengasyikkan. Jika menyusu badan berguna, tetapi
bayi masih belum puas, cuba gunakan blanket atau jari kecil anda untuk dihisap.
Ada bayi yang mahu menghisap lebih dari makan,
• Tolak kereta sorong kehadapan dan kebelakang diatas
sesuatu bonggol, seperti gulungan alas kaki.
• Udara segar juga boleh menenangkan bayi, Malangnya adalah
satu mitos bahawa semua bayi suka menaiki kereta sorong. Anda ada tip? kongsikannya disini!

No comments:
Post a Comment