Sebagai ibu bapa, kita tidak perlu menjadi seorang yang
genius untuk membesarkan anak agar mereka menjadi pandai. Kita hanya perlu
menjadi ibu bapa yang memainkan peranan yang sebenar.
Artikel ini akan membongkar 5 rahsia membesarkan anak
menjadi pandai, semenjak mereka masih bayi lagi.
1 // Bina Jaringan Keselamatan Bayi
Seperti mana wanita, seorang bayi juga perlukan perasaan
selamat. Jika bayi anda tidak berasa selamat, mereka tidak akan mampu belajar
benda baru. Begitulah yang diperkatakan oleh Tracy Cutchlow dalam bukunya
‘Brain Rules for Baby’.
Bagaimana cara untuk membuatkan seorang bayi berasa
selamat?Kerapkan menyentuh, mengurut dan berborak dengan bayi anda. Ini akan
membina sebuah lingkungan yang selamat buat bayi tersebut seterusnya memudahkan
proses pembelajaran si comel anda.
2 // Ceritakan Hari Anda Kepada Bayi
Pakar sangat menggalakkan kita banyak berkomunikasi dengan
bayi.
‘Otak adalah…,’ kata Dr. Jill Stamm, salah seorang penasihat
laman web Children’s Learning Adventure, ‘…sebuah organ yang mencari-cari
pattern. Semakin banyak pattern bahasa yang didengari oleh bayi, semakin mudah
untuk dia memahami dan menguasai bahasa tersebut.’
Bagaimana cara kita membina kekuatan bahasa dalam diri bayi?
Ada tiga kunci : bilangan perkataan, kepelbagaian dan kerumitan perkataan,
serta cara kita menyebut perkataan tersebut kepada bayi.
Dengan cara bercerita kehidupan seharian kita kepada bayi,
sudah tentu ketiga-tiga kunci tersebut akan digunakan.
3 // Melaburlah Dalam FaceTime
FaceTime yang dimaksudkan disini bukanlah perisian aplikasi
oleh syarikat Apple yang membolehkan dua orang berkomunikasi secara jarak jauh.
FaceTime yang diperlukan oleh bayi pintar ialah ibu bapa yang sering melakukan
pelbagai jenis ekspresi muka kepada bayi tersebut.
Jadikan bayi anda tertawa dengan muka anda, nescaya otak
mereka yang lebih cepat dan sihat berkembang. Dalam erti kata lain, buat muka
“bodoh” untuk jadikan bayi anda pandai !
“The brain needs breaks. If they are disengaging, don’t try
to force it” – Tracy Cutchlow
Tapi ingat, jangan lupa bayi juga perlukan rehat. Perhatikan
tanda-tanda, berikan bayi anda sela masa kerana ketika rehat, mereka akan
proses apa yang dipelajari melalui ekspresi muka anda tersebut.
4 // Hadkan Masa Bayi Anda Bersama Tempat Duduk
Tidak dinafikan membesarkan bayi yang pintar adalah proses
yang memenatkan (walaupun seronok!). Jalan mudah, ibu bapa sering meletakkan
bayi mereka di tempat duduk – stroller, car seat dan sebagainya – walaupun di
dalam rumah. Ini juga dilakukan atas faktor keselamatan bayi itu sendiri.
Apa kesan buruknya? Pergerakan bayi anda akan menjadi
terhad. Sedangkan, mereka perlu dibiarkan bebas untuk melihat ke kanan dan ke
kiri, dan bertindak balas dengan apa yang di belakang dan depan.
Barulah jadi pandai.
5 // Tunjukkan Melalui Jari Dan Sebut Nama Objek
Kajian oleh Profesor Psikologi, Ross Flom mengatakan bahawa
bayi akan belajar dengan lebih pantas apabila kita tunjukkan jari kita pada
mana-mana objek dan sebutkan nama objek itu.
“Point at it, talk about it, describe it” – Ross Flom.
Pada awalnya, bayi mungkin hanya melihat kepada anda
walaupun anda menunjukkan jari pada sesuatu. Tetapi lama kelamaan – terutama
bulan ke9 -bayi anda akan turut melihat apa yang anda tunjukkan. Bayi juga
ketika membesar akan mula mengambil objek tersebut dan membawakannya pada anda.
Ini tanda bayi anda sudah mampu mengenali sesuatu selain
anda dan dirinya.
Mari kita sama-sama memainkan peranan sebagai ibu bapa yang
baik dengan mengamalkan 5 rahsia ini.
Credit to lifemacaroni

No comments:
Post a Comment