Tuesday, October 29, 2019

To Palestine

Assalamualaikum

Sekian lama saya tak ke blog ini untuk menulis , thanks to all visitors yang still coming jenguk-jenguk blog usang ini. Hari ni saya datang bersihkan sawang, letak bunga sekuntum, menghidupkan semula kemeriahan disini :)

Seawal jam 3.00pagi tadi bangun dan teringatkan Palestine. Capai buku nota dan mula menulis trip to Palestine dan persediaan yang perlu dilakukan. Saya diri sendiri tidak pernah berfikir untuk ke Palestine, kerana ia daerah panas, yang bahaya. Walaubagaimanapun Palestine , perjuangannya, penderitaan mereka, sangat dekat di hati saya.

Setelah beberapa episod mimpi berada di Palestine, maka saya membuat keputusan datang ke Palestine dan melihat sendiri tempat-tempat dalam mimpi tersebut. Mimpi terakhir tentang Palestine, adalah saya meninggal dunia disini. So saya anggap kali ini ke Plaestine, TRIP  MENZIARAHI TEMPAT KEMATIAN . It sound scary, moga ia hanyalah mimpi.

Jet tempur ke palestine antara mimpi
Dan trip ini mewakili team Najlaa Baby Skincare insyaallah untuk menyampaikan sumbangan kepada masjid Al-Aqsa, anak yatim, refugee camp. Moga perjalanan ini dipermudahkan Allah. Serta diberi petunjuk seterusnya, ke atas perjalanan mimpi-mimpi tersebut. Jika ditelitikan, mimpi jet jet tempur yang bertandang dalam tidur saya adalah menyamai mimpi Muhammad Qasim ( Jet Tempur Panji Hitam).

Saya ada terbaca orang menuduh mimpi Muhammad Qasim adalah satu propaganda menipu. Siapa anda untuk menduduhnya ? Dia tidak pernah mengaku sebagai al -mahdi, ya dia bukan al-mahdi, Namun saya percaya dia adalah seorang pembawa mesej mesej penting kepada umat islam. Ramai lagi pemimpi-pemimpi, namun tidak punya kekuatan untuk menyebar seperti Muhammad Qasim.

Bersyukur lah kerana seseorang telah datang untuk memberitahu, terserah kepada anda untuk menilai mimpinya. Sekian saja untuk hari ini. Insyaallah saya akan update lagi perkembangan Trip to Palestine, jangan lupa selalu lah menziarahi blog ini. Terima Kasih

Al Aqsa yang Berduka


Gee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...