1. Berniat puasa pada malam harinya.
2. Makan sahur serta sunat mentakhirkan sahur- hingga tempoh
antara makan
dan solat subuh, sekadar membaca 50 ayat al Quran
3. Meninggalkan kerja,perbuatan seperti perkataan keji, mengumpat
org lain.
Dari
Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila
bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah
malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!
Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!
Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala
banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka -
daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan
pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." (1)(Riwayat
Tirmizi dan Nasa'i)
5. Menyegerakan berbuka puasa bila masuk waktu berbuka
puasa.
6. Mulakan Berbuka dengan buah kurma dan manisan.
7. Memperbanyak doa ketika berbuka spt memohon keampunan Allah
atas dosa dosa yang pernah dilakukan.
8. Banyakkan bersedekah dan memberi makan orang yang
berpuasa, fakir dan anak anak yatim
9. Menghidupkan malam ramadhan dengan solat-solat sunat atau
qiyamulail.
Rasulullah
bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan
pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya
yang terdahulu.”
(Hadis
riwayat Bukhari)
10. Memperbanyakkan tadarus/membaca Al Quran di rumah atau
di masjid. (Sebab Rasulullah pada setiap malam Ramadhan belajar alQuran dari
Jibril a.s. serta mempebaiki lafaz dan tajwidnya)
11. Memperbanyakkan istighfar, zikirullah dan berdoa untuk
mendapat keampunan
Allah swt.
12. Mengerjakan Solat terawih
13. Iktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan. Niat
pada permulaan Iktikaf “ Sengaja aku beriktikaf pada 10 malam terakhir kerana
Allah”
Daripada
Ibnu Abbas R.A daripada Nabi SAW ia bersabda : ... Dan barangsiapa yang
beriktikaf satu hari kerana menuntut keredhaan Allah, nescaya Allah jadikan di
antaranya dan di antara api neraka (berjauhan) tiga buah parit, di mana jarak
di antara tiap-tiap satu parit lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin.
(Dikeluarkan oleh At-Tabrani dan Al-Hakim, ia berkata : Sohih Al-Isnad
(At-targhib wa At-tarhib 2/149 - 150)
14. Berusaha mendapatkan ganjaran lailatul Qadar.
Lailatul
qadar adalah malam yang lebih baik dari pada seribu bulan yang tidak ada
lailatul qadar dan pendapat paling kuat bahwa ia terjadi di sepuluh hari
terakhir bulan Ramadhan, terlebih lagi pada malam-malam ganjil, yaitu malam 21,
23,25,27, dan 29. Firman Allah :
لَيْلَةُ
الْقَدْرِ خَيْرٌمِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Malam
kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (QS.al-Qadar :3)
Sabda
Nabi Muhammad S.A.W: وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدَرِ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ
لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
"Dan
barangsiapa yang beribadah pada malam Lailatul qadar semata-mata karena iman
dan mengharapkan pahala dari Allah , niscaya diampuni dosa-dosanya yang
terdahulu." HR. al-Bukhari.
15. Memperbanyakkan istighfar pada malam terakhir ramadhan.
16. Mengeluarkan zakat fitrah (bermula terbitnya bulan
ramadhan hingga 1 syawal sebelum solat aidilfitri dimulakan)
17. Mengerjakan Umrah bagi yang mampu.
“Umrah
pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan
haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)

No comments:
Post a Comment