Anda tercari cari makanan yg kaya dgn pelbagai nutriens,
jawapannya adalah Kurma. Kurma bukan
sahaja kaya dgn pelbagai vitamin dan mineral, ia turut menawarkan banyak faedah
kesihatan. Sebab itulah Kurma adalah makanan Sunnah. Islam sentiasa menawarkan
yg terbaik utk umatnya. Berikut adalah sebahagian nutriens yang terkandung dalam 100g kurma.
Serat - 6.7 gram. 27% RDA.
Potassium - 696 miligram. 20% RDA.
Copper - 0.4 miligram. 18% RDA.
Mangan - 0.3 miligram. 15% RDA.
Magnesium - 54 miligram. 14% RDA.
Vitamin B6 - 0.2 miligram. 12% RDA.
Dan Lain-Lain
Disamping rasanya yang manis dan Sedap berikut adalah
beberapa Manfaat kesihatan buah kurma:
1. Menggalakkan KESIHATAN
PENCERNAAN, MELEGAKAN SEMBELIT - Serat adalah penting untuk kesihatan kolon
dan usus . Serat larut dan tidak larut yang terdapat dalam Kurma membantu
membersihkan sistem gastrousus, membolehkan kolon untuk bekerja di tahap kecekapan
yg tertinggi. Selain itu kurma mengurangkan risiko kolitis, kanser kolon, dan
buasir.
2. Meningkatkan KESIHATAN
JANTUNG - Di samping menggalakkan kesihatan usus, serat juga menyerap
kolesterol dan ini bagus utk kesihatan jantung.
3. ANTI-RADANG -
Kurma kaya dengan magnesium - mineral anti-radang. Satu kajian mendapati bahawa
"penunjuk keradangan dalam badan seperti CRP (protein C-reaktif), TNF
(tumor nekrosis faktor alfa), dan IL6 (interleukin 6) berkurang apabila
pengambilan magnesium meningkat." Selain itu, magnesium berkesan boleh
mengurangkan risiko penyakit jantung, artritis, penyakit Alzheimer, dan
lain-lain penyakit yang berkaitan dengan keradangan.
4. MENURUNKAN TEKANAN
DARAH-KUrma juga kaya dgn mineral Potassium , sangat membantu dlm
menurunkan tekanan darah tinggi
5. MENGURANGKAN
RISIKO STROKE - Selepas menilai 7 kajian yang diterbitkan dalam tempoh masa
14 tahun, penyelidik mendapati risiko strok dikurangkan sebanyak 9% dengan
pengambilan 100 miligram magnesium setiap hari. Kajian ini boleh didapati dalam
American Journal of Clinical Nutrition.
6. KEHAMILAN YG SIHAT - Satu kajian yang
dijalankan oleh penyelidik di Universiti Sains dan Teknologi yang melibatkan 69
wanita hamil mendapatai, wanita hamil yg gemar mengambil kurma pada 4 minggu terakhirakan memudahkan proses
kelahirang dan tidak perlu diinduce.
7. MENINGKATKAN
KESIHATAN OTAK – Kajian menunjukkan pengambilan Kurma yg kaya vitamin B6 , vitamin yg dikaitkan dengan prestasi otak mendapati
mendapat skor ujian lebih baik.
8. Kurma kaya kandungan zat besi (iron) dan
membantu MENCEGAH ANEMIA. Pesakit anemia digalakkan untuk makan kurma
untuk pemulihan. Kurma juga mempunyai kandungan flourine yang melembapkan
kerapuhan gigi.

No comments:
Post a Comment