Lately saya cepat benar
marah huhu, mungkin banyak sangat urusan dalam masa sama menguruskan Business
dan family keseorangan, since my hubby kerja luar. Lagi pun tahun ni saya tak mengandung
ha ha, so saya perasan bila time datang bulan waa memang cepat meletop marah ni.
Whatever it is… marah bukan sifat yang baik dan saya stress bila marah
especially kepada anak.
So, mencari-cari
bagaimana untuk mengawal kemarahan ini…stay cool beb that better for everybody
and yourself. So dlm mencari nasihat Rasulullah S.A.W tentang marah ni, rupa-rupanya banyak sekali
panduan.
1)
JANGAN MARAH
Seorang sahabat Abu
Hurairah r.a. telah meminta Bagindaﷺ menasihatinya
Rasulullahﷺ bersabda; “Jangan marah”. Larangan ini diulang oleh Rasulullahﷺ
beberapa
kali. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Malik dan Tirmizi).
Sahabat bertanya, “Apakah yang dapat menyelamatkan
daku daripada kemurkaan Allah?” Maka
jawab Rasulullah ﷺ:“Jangan tunjukkan kemarahan kamu.” Sahabat yang lain pula meminta
satu amalan kebaikan yang mudah untuk dilakukan, maka sabda Rasulullah ﷺ, “Janganlah marah!”
So janganlah marah, moga dijauhkan dari
kemurkaan Allah.
2)
MOHON PERLINDUNGAN KEPADA ALLAH
Dari Sulaiman bin Surad
r.a., katanya: “Saya duduk
bersama Rasulullahﷺ dan
terdapat dua orang yang saling bermaki-makian antara satu sama lain. Salah
seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesar urat lehernya
Kemudian Rasulullahﷺ bersabda: “Sesungguhnya
aku mengetahui suatu ucapan yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang
ditemuinya (iaitu kemarahannya), iaitu andai kata dia mengucapkan: “A’udzu billahi minasy syaithan,” tentulah lenyap apa yang ditemuinya itu.”
Orang ramai lalu berkata
padanya (orang yang merah padam mukanya tadi): “Sesungguhnya Rasulullahﷺ bersabda: “Mohonlah
perlindungan kepada Allah daripada syaitan.” Lelaki itu menjawab: “Adakah aku gila
(sehingga aku perlu meminta perlindungan daripada syaitan) ?” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
3) DIAM
Rasulullah
S.A.Wbersabda:
“Apabila salah seorang antara
kalian marah maka hendaklah dia diam.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
4) DUDUK.. BARING
Rasulullah S.A.W
bersabda;
“Apabila salah seorang antara
kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya
hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
5) WUDHU
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Marah itu adalah bara api maka
padamkanlah ia dengan berwudhuk.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain
menghasankannya)
6) MAAFKAN
Dengan cara memaafkan kesalahan orang dapat mengurangkan kemarahan.
Mungkin orang tersebut tidak sengaja melakukan kesilapan tersebut. Jika dia
sengaja doakan moga dia diberi hidayah oleh Allah
7) BERITAHU DIRI SENDIRI MARAH
EMOSI PALING BODOH
Sebenarnya dengan marah kita tidak menyelesaikan apa-apa masalah pun.
Malah dengan menghamburkan kemarahan akan menyusahkan diri sendiri pada masa
hadapan. Orang yang dihambur kemarahan akan susah berurusan dengan kita nanti.
Jika kemarahan itu dihamburkan kepada anak, bukan kah kita sedang
mengajar tabiat yang buruk malah Si anak akan membesar dengan tekanan perasaan.
Siapa Manusia Paling
Kuat ?
Suatu ketika, Rasulullahﷺbertanya
kepada para sahabat. “Siapakah
orang yang paling kuat di kalangan kamu?”Maka para sahabat memberi
berbagai-bagai jawapan.
Rasulullahﷺ
lalu
berkata, “Bukanlah orang
yang kuat itu orang yang banyaknya
berperang (selalu menumpaskan orang lain); Sesungguhnya orang yang kuat itu
adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Peristiwa ini
menunjukkan betapa pentingnya kita menahan diri daripada sifat marah.
Banyak insiden yang tidak diingini boleh dielakkan sekiranya kita berjaya
menahan marah.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish
Shawab
(Hanya Allah Maha
Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment