Assalamualaikum…
Just nak share kehidupan ku masa ini…macam laa best sangat
kan hidup ku ini ha ha. Namun beberapa bulan ini berlaku perubahan yang tak
pernah ku rasakan sebelum ini. Di pendek kan cerita dulu aku penjawat awam,
setelah mendapat anak sulung…aku sentiasa memikirkan nasib si kecil yang ku
tinggalkan hari-hari di nursery.
Pukul 7.30 pagi daa siap-siap nak hantar anak ke nursery,
nanti jam 5-6 petang baru nak tengok anak semula. Balik rumah, nak rehat, kemas
rumah, siapkan masakan, sedar-sedar anak daa tidor huhu. Selalu juga tangungjawap yang telah digariskan
Islam untuk Si Ibu menghantui ku “ Tugas ibu menjaga dan mendidik anak-anaknya,
dan menjaga maruah, harta dan diri suami”. Ku ulang-ulang barisan ayat ini di
dalam hati sekian lama. Baikkah aku sebagai ibu ???
Aku masih bekerja sebagai penjawat awam dari anak satu, sampai anak ku tiga. Aku
belum cukup kuat untuk menjadi housewife. Sehinggalah suatu ketika, aku perlu
pergi outstation seminggu. Bila balik semua anak-anakku demam. Masa tuu anak
ketiga baru berusia 3 bulan lebih. Ya Allah aku menangis sepuas-puasnya di sisi
katil melihat 3 Si kenit terbaring di atas katil dgn coolfever bertempek di kepala.
Hari itu juga aku merasa sudah sampainya masa untuk aku
menjadi ibu yang menjaga sendiri anaknya. Aku bangun malam solat meminta
petunjuk dari Allah. Selain dari menjadi penjawat awam, aku juga melakukan
business sampingan menjual produk kesihatan sebuah syarikat dari Amerika dan menjual
produk bayi bagi menambah pendapatan keluarga . So ku harap business ini berkembang dgn baik.
Namun setelah mendapat tahu CEO syarikat produk kesihatan
dari Amerika itu penaung sebuah pertubuhan yahudi yang membantu penempatan
haram Israel di Palestine. Ya Allah aku amat gusar sekali, kerana income dari
penjualan produk ini agak banyak. Namun setelah mendapatkan pendapat daripada beberapa ustaz dan ustazah supaya aku mencari rezeki yang lebih berkat, dan seorang ustazah
menasihatkan supaya tidak mencari rezeki yang bersekongkol dengan musuh Allah,
dan hukum bermuamalah dengan yahudi yang memusuhi Islam.
Maka aku membuat keputusan untuk tidak lagi aktif menjual
produk tersebut. Sudah laa berhenti kerja, business jual produk kesihatan pun
berhenti. Penjualan produk bayi yang baru bermula. Jika di fikir-fikirkan dari
segi duniawi aku sedang menggali kubur
sendiri. Astarfirullah… fikiran apakah ini. Bukan kah rezeki itu pemiliknya
Allah, kenapa tidak yakin dengan Allah. Dia pemilik rezeki, dan Dia memberi
kepada siapa yang Dia suka.
Jika dulu gaji ku beribu di tambah lagi dengan bonus jualan
produk kesihatan dan keuntungan produk bayi, boleh di katakan income aku agak
stabil. Namun hakikatnya, aku tiada masa dengan anak-anak, walau banyak wang
tapi seringkali rasa tak cukup dan rasa
mudahnya wang mengalir keluar dari poket. Tertekan dengan kerja, stress
mengejar bonus jualan, sudah laa anak ku tinggalkan saban hari.
Kenapa yaa??? Rezeki yang tak berkat ??? hidup yang tidak
mengikut garisan islam ???
Kini setelah 6 bulan, bertekad berhenti kerja untuk menjaga
anak sendiri, luangkan lebih masa untuk mereka… meninggalkan kerja menjual
produk kesihatan yang penanungnya Yahudi yang memusuhi Islam, hidup ku lebih
tenang. Kurang tekanan.
Sekarang aku dalam usaha mengembangkan business penjualan produk
bayi, disamping terlibat secara kecil kecilan dalam industry makanan.
Alhamdulillah… sekarang baru ku dapat rasai keberkatan rezeki . Alhamdulillah…sekarang
kami memiliki sebuah lagi rumah yang berstatus Financial Free Home, sesuatu yang tidak pernah kufikirkan sebelum
ini. Yang ku tahu, bila nak beli rumah, conform kena hutang bank beratus ratus
ribu. Selain itu, kami membeli sebidang tanah berhampiran pekan yang di jual
pada harga yang sangat murah…4 angka. Ketika aku membeli tanah tersebut,
apabila tuannya bersetuju untuk menjual pada harga yang murah, dia memaklumkan “Mungkin
Allah nak saya bersedekah,mungkin ni sudah tertulis rezeki Puan dan anak-anak”.
Bukan lah aku ingin menunjuk-nunjuk jauh sekali, semoga Allah melindungi diri
ku yang kerdil ini dari sifat ujub, bongkak, sombong dan takabur huhu.
Yang cuba ku gambarkan ini ialah keberkatan rezeki. Selama
ini bertahun-tahun aku sibuk mengejar rezeki. Kerja siang malam, tinggalkan
anak-anak. Saban hari bergolak dengan perintah Allah yang ku sisihkan. Nasib
laa aku tidak bergolak ketika ustaz dan ustazah menasihatkan untuk mencari
rezeki yang berkat dengan meninggalkan business menjual produk kesihatan itu. Rupa
rupanya, apabila kita cuba mendapat redha Tuhan dgn mematuhi perintahnya dan
meninggalkan yang syubhah, hidup menjadi lebih mudah dan tenang. Menjemput
rezeki itu lebih mudah dari mengejarnya. Jika dulu wang seperti mengalir dari
poket, sekarang Alhamdulillah melekat juga di poket walaupun tak banyak.
So sebagai penutup kisah ini, pengajaran yang boleh di timba bersama hiduplah dengan menurut
perintah Nya, carilah rezeki yang halal dan berkat, bukan kekayaan yang tidak
berkat, syubhah apatah lagi haram. Rezeki yang berkat sedikitnya rasa cukup,
bila banyak boleh dikongsi-kongsikan dengan orang lain, Rezeki yang tidak
berkat, sedikitnya tak cukup, bila banyak, macam macam musibah menimpa…kereta
rosak laa, anak sakit laa, diri sendiri sakit laa, pasangan yang curang, rumah
terbakar, hidup yang taka aman, sedar-sedar duit mengalir laju huhu. Semoga
kita semua mendapat hidayah dan petunjuk Allah. Semoga kita semua di limpahkan
dengan rezeki yang Halal dan Berkat, dari dilimpahkan rezeki yang tidak berkat,
syubhah apatah lagi haram.
Amiinn.
alhamdullilah :)
ReplyDeleteWatch box office