Saturday, November 16, 2019

Mount Olive Gereja dan Kubur Yahudi

Pagi yang indah, saya baru sahaja solat subuh. Diam diam memanjat tembok Al Aqsa, kerana saya ingin merasa dan melihat sendiri bagaimana tentera dahulu mengawal masjid ini. Dari celah celah tembok batu masjid Al Aqsa... nampak sebuah bangunan Fairytales, berkubah emas seperti Dome of the rock, itu adalah sebuah gereja kubahnya disalut 250kg emas.


Disamping itu terdapat susunan batu bertingkat di lurah lurah bukit. Saya agakkan, ianya melebihi 3000 susunan. Setiap batu segiempat itu mewakili satu kubur yahudi. Gabungan panorama ini nampaknya menarik.

Suatu pagi kami mendaki gunung zaiton ini, dari atas kelihatan masjidil Aqsa Dome of the rock serta Masjid Qibli yang cemerlang. Cantik dan mendamaikan. Insyaallah, Suatu hari nanti Masjid ini tidak akan dijajah lagi Yahudi Ashkenazi bangsa yakjuj wa makjuj laknatullah.

Di Mount Olives ini juga terdapat sebuah universiti, khas untuk penganut kristian seantero dunia mempelajari Bible. Di persisirannya terdapat sebuah hospital kebajikan, Hospital Makassed. Disini orang orang sakit dari Gaza dirawat, dan hospital ini running out of medicine, sungguh kasihan.


Pemandangan masjid Al Aqsa dari Mount of Olive.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...