Menuju ke Tiberias.
Sebuah kawasan berpergunungan cantik berwarna kekuning kuningan dan terdapat banyak gua. Dalam perjalanan kami dapat melihat dikiri kanan, industri agriculture yang dibangunkan besar besaran oleh Israel. Kebanyakkan sayur sayuran, pokok pisang, zaitun, manggo dan kurma.
Dalam perjalanan kami melewati kampung Magdala, tempat Nabi Isa dibesarkan setelah dibawa lari oleh ibunya dari Jerusalem, setelah mendapat kutukkan penduduk sekitar al Aqsa, menuduh dia berzina dan melahirkan anak luar nikah. Tambahan lagi, Marry Magdaline yang merupakan pengikut dan pembantu Nabi Isa a.s yang terawal, juga berasal dari kampung itu.
Di Tiberias kami singgah solat disebuah masjid yang dimiliki oleh sebuah keluarga islam, dimana penduduknya bersaudara. Pagar rumah dibuat dari buluh. Sebuah tempat pedalaman yang sunyi.
Seusai solat kami singgah makan disebuah restaurant di tepian Tasik Galilee. Dalam perjalanan dapat melihat, khemah khemah haji orang kristian. Selepas menjamu selera, kami berlayar di tasik Galilee, menaiki sebuah boat kayu indah, dibina dari pohon pine milik laknatullah israel.

Tasik ini merupakan tempat penting untuk umat islam. Pertama disinilah Nabi Isa a.s menunjukkan mukjizat baginda. Kedua, kekeringan tasik Tiberias/Galilee merupakan penanda besar kedatangan Dajjal dan kiamat. Ketiga ia merupakan sumber air utama Syria, dan Jordon yang kini ditakluk sepenuhnya laknatullah israel, setelah merampas bukit Golan.
Dulunya kawasan berumput ini juga tasik, tapi tahun demi tahun airnya mengering.

No comments:
Post a Comment