Saturday, November 16, 2019

Ziarah Makam Ashabul Kahfi 309 Tahun lamanya mereka tidur

Petang yang hampir malam, suhu bandar Amman Jordon drop dari 20 degree petangnya, ke 18 degree 6 minit selepas sunset. Angin yang agak kuat, sejuk menyerbu. Kami singgah di masjid Ashabul Kahfi untuk solat maghrib.


Suara imamnya, Doktor Moktasembillah Alhunaiti mendayu dayu, sehingga tumpah air mata yang banyak merindukan kekasih Agung Allah taala. Saya telah mencadangkan kepada Dr Moktasem untuk mengupload bacaan Qurannya di youtube. Semoga lebih ramai hati tersentuh merindukan tuhan saat mendengarnya.



Seusai solat, kami menelusuri sebuah taman, disitu adanya Gua Ashabul kahfi, beserta 7 kubur mereka. Pemuda pemuda ini hidup 200 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa a.s, ketika dibawah pemerintahan Raja Rom Trojan yang menyembah dewa dewa.

Apabila Raja mengetahui, 7 pemuda ini mentauhidkan Allah. Mereka disuruh menyembah dewa. Namun mereka memilih untuk kekal beriman dan lari menyelamatkan diri. Dalam perjalanan ditemani seekor anjing bernama Qitmir, mereka singgah digua itu untuk rehat. Dan telah ditidurkan Allah selama 309 tahun. Badan mereka dibolak balik supaya tidak jadi bedsore, dan terdapatnya lubang disebelah timur dan barat, membolehkan cahaya dan udara memasuki gua tersebut.





Gambaran didalam gua tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...