Saturday, November 16, 2019

Laut Mati Kota Sodom yang Dilaknati, Kini Sumber Mineral yang Kaya

Laut mati berada diantara 2 bukit, Jerusalem Palestine dan Amman Jordan. Di sini terdapatnya kompleks imigresen Jordan dan Palestine. Pantainya panas kerana kedudukan Laut ini 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia, jauh dari langit dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330m.

Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.


Saya melihat persisirannya dipenuhi garam garam beku. Berenang didalamnya anda akan terapung, dipercayai 2jam berendam dalam laut mati menambah 2cm ketinggian. Wallahualam. Dikiri kanan jalan sekitarnya merupakan gunung gunung pasir batu, didiami oleh orang Nomad Arab Badwi. Mereka tinggal didalam khemah khemah. Menternak kambing, biri biri dan bercucuk tanam. Hasil taninya meriah.




Laut Mati merupakan suatu tempat hukuman maha dasyat Allah terhadap kaum Luth. Mereka yang berakhlak keji, kaum Sodom yang  di murkai, kini telah menjangkiti penduduk Tel Aviv Yahudi Laknatullah Yakjuj Mawakjuj Ashkenazi.

LUTH bin Haran bin Tarah (Azar) adalah anak saudara Nabi Ibrahim. Luth adalah antara orang beriman yang mengikut Nabi Ibrahim berpindah dari Babylon ke Palestin dan Mesir. Kemudian Nabi Luth mendiami kota Sadum (Sodom) di wilayah Jordan.

Namun, penduduk kota itu berakhlak keji, Nabi Luth menasihati mereka untuk meninggalkan maksiat dan beriman kepada Allah. Namun, mereka menolak ajakkan Nabi Luth, malah mengancam untuk menghalau baginda keluar dari kota, malah mereka minta disegerakan azab jika Nabi Luth adalah oarang yang benar.

Maka datanglah 3 malaikat, berupa pemuda-pemuda tampan ke rumah Nabi Luth. Kedatangan mereka telah diminta untuk dirahsiakan.Tetapi isterinya menderhaka dan menyebarkan kepada kaumnya. Datnglah kaum dimurkai itu, Nabi Luth gagal mententeramkan kaumnya yang dahagakan hubungan sejenis. Tanpa berlengah malaikat yang menyamar sebagai tetamu itu terus membutakan mata mereka.

Perkara ini diceritakan al-Quran: “Dan sesungguhnya mereka telah memujuknya (agar menyerahkan) tetamunya , lalu Kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-Ku.” Selepas itu tetamu berkenaan memperkenalkan diri kepada Nabi Luth mereka sebenarnya malaikat. Kedatangan mereka semata-mata untuk menghancurkan kaum Luth. Ketika itu juga Luth diminta membawa bersama ahli keluarganya keluar dari negeri berkenaan pada waktu malam.

Al-Quran memperjelaskan: “Utusan malaikat berkata; wahai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan Tuhanmu. Sekali-kali mereka tidak dapat mengganggu kamu. Oleh itu, pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut kamu pada lewat malam. Dan janganlah ada seorang pun antara kamu yang tertinggal, melainkan isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab kerana saat jatuhnya azab ke atas mereka adalah pada waktu Subuh. Bukankah Subuh itu sudah dekat?”

Kemudian azab yang ditunggu kaum Luth menimpa mereka. Kaum Luth ditelan bumi pada waktu Subuh dalam keadaan sungguh dahsyat. Bumi negeri itu diterbalikkan. Mereka turut ditimpa batu daripada tanah keras dan terbakar. Al-Quran menyebut azab yang menimpa mereka: “Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang keras.”

Demikianlah sejarah Laut mati, yang kini merupakan sumber pendapatan kedua Jordon, yang pertama adalah phosphate dan fertilizer. Dari laut mati mereka mengektraks mineral untuk pelbagai kegunaan, serta digunakan untuk menghasil produk kosmetik besar besaran.




Sebagai seorang dalam industri kosmetik, Kemampuan laut mati dalam merawat kecantikkan sungguh mempersonakan. Cream laut mati serta soft mudnya mampu dengan cepat mengurangkan kedutan dan instantly melembutkan kulit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...