Wednesday, January 15, 2020

Bertumbuk Di Alam Roh

Di keheningan pagi
Aku bangkit dengan 3 ruas jari yang tidak di Rasa. Kesan akibat 'stroke buatan' masih meninggalkan bisa, telah dua kali aku tumbang dengan stroke buatan ini. Alhamdulillah banyak kesyukuran yang perlu dipanjatkan kepada Allah, kerana keselamatan, perlindungan dan kesembuhan darinya.

Di malam hari...
Aku masih mengalami masalah untuk tidur, Bayangannya menjelma, mengembalikan hal hal ngeri yang menakutkan, walau kini kami telah terpisah alam. Ini kerana Dulu hampir setiap hari, ditengah malam...diterjah angin deru yang menakutkan.

Wak bilang...deru angin ini membawa "buatan manusia"
Suatu hari aku beranikan diri menghadap deru angin tersebut, berbekalkan ilmu rawatan ajaran Guru Ustaz Rawatan Islam, menggunakan tenaga rohani, bertumbuk dialam roh. Aku mensasarkan jantung dan paru parunya.

Sunday, November 17, 2019

Ziarah Makam Nabi Yunus as, Dalam Perut Ikan Nun 40 hari 40 malam, 3 Kegelapan

NABI YUNUS

Makam Nabi Yunus di Halhul Palestine. Mengikut kajian Nabi Yunus a.s bin mataa adalah keturunan daripada Nabi Yaakub a.s daripada jalur Bunyamin saudara kepada Nabi Yusuf a.s, berasal dari sebuah perkampungan minawa di Iraq.

Saturday, November 16, 2019

Ziarah Makam para Nabi Ibrahim, Ishak, Yaakub, Yusuf di Kota Hebron wilayah bergolak

Seawal pagi kami telah bertolak ke sebuah wilayah bergolak Kota Hebron dan singgah di Masjid al-Haram al-Ibrahimi, masjid yang penjagaannya paling ketat di dunia. Ketika kami datang ke masjid ini, untuk masuk ke dalamnya kami harus melalui laluan sempit, berasakkan untuk pemeriksaan ketat oleh tentara Israel, melalui pintu besi dan metal detector. Masjid ini juga diawasi dengan puluhan CCTV dan tentera Israel. Kenapa begitu ketat ?


Ziarah Makam Nabi Musa as, Penampar Malaikat Maut

Diantara kisah Nabi yang saya suka membacanya, adalah kisah Nabi Musa as. Sebagaimana saya mencintai Nabi Muhammad s.a.w, begitulah juga saya menyayangi Nabi musa a.s. Baginda merupakan seorang Nabi dan Rasul ululazmi.

Allah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s: Tahukah engkau mengapakah Aku mengangkat engkau sebagai Nabi yang terus mendengar kalamku?

Jawab Musa: Engkau yang lebih mengetahui.

Firman Allah: Semasa Aku larikan semua kambing Nabi Syuaib yang engkau pelihara itu, sehingga dengan bersusah payah engkau mengejar kambing kambing itu untuk mengembalikannya, tetapi setelah kembali semuanya engkau tidak sedikitpun merasa jengkel marah, maka itulah sebabnya engkau diangkat menjadi Nabi.
(Kitab Al Hikam)

Nabi Musa a.s adalah kalimullah, Nabi yang menerima wahyu terus dari Allah, satu satunya Nabi yang bercakap tanpa perantaraan, Namanya disebut lebih seratus kali (136) didalam Al Quran dan baginda mendapat banyak gelaran disisi Allah... Diantaranya MUKHLASO, Hamba yang sangat IKHLAS.

Walaupun sebenarnya, kami tiada perancangan untuk melawat makam Nabi Musa as, Alhamdulillah mungkin kerana cinta yang mendalam terhadap baginda, Allah telah mengaturkan ziarah tanpa sengaja ini. Syukur Alhamdulillah. Makamnya sepi, sedih sekali, pemandangannya indah. 

JERUSALEM: Kota Suci yang Menakjubkan Pandangan




Jerusalam: Kota Suci

Selepas berada di Jericho untuk makan tengahari, kami ke kota Jerusalem. Sebuah kota lama yang menakjubkan pandangan. Bangunan dan Jalan yang dibina dari batu batu asli sungguh indah. Sebahagian bangunan ini dibina sejak kerajaan kuno, mamluk, rom, uthmaniyyah etc. Kota Jerusalem telah diishtihar Mangkuk Hayun Trump sebagai ibu Kota neraka Israel.




Keliru tentang Masjid Al-Aqsa, Inilah Fakta tentangnya


MASJID al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, masjid yang kedua dibangunkan di muka bumi setelah Masjidil haram, beza masa pembinaan antara keduanya 40 tahun dan merupakan masjid yang ketiga mulia di sisi Allah SWT. Nabi Muhammad s.a.w dibawa ke Masjid Al Aqsa dan mengimamkan solat bersama 124000 jemaah yang terdiri dari roh para nabi dan rasul.

Namun begitu, masih ramai di kalangan umat Islam yang masih keliru dengan beberapa fakta mengenai Masjid al-Aqsa. Saya adalah salah seorang. Memandangkan ia merupakan tempat penting umat islam dan akhir zaman ada perjuangan besar, panjang dan berliku yang bakal kita hadapi disisinya marilah saya ceritakan serba sedikit.

Masjid Al Aqsa merupakan satu kompleks yang memiliki 5 masjid, persekitarannya dipenuhi pohon-pohon zaitun, disekelilingnya terdapat tembok tembok batu lama, untuk memasuki tempat ini terdapat beberapa Gates yang dikawal tentera yahudi, keluasan kompleks adalah 144 000 kaki persegi (36 ekar)

1) Dome of The Rock

Laut Mati Kota Sodom yang Dilaknati, Kini Sumber Mineral yang Kaya

Laut mati berada diantara 2 bukit, Jerusalem Palestine dan Amman Jordan. Di sini terdapatnya kompleks imigresen Jordan dan Palestine. Pantainya panas kerana kedudukan Laut ini 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia, jauh dari langit dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330m.

Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.


Saya melihat persisirannya dipenuhi garam garam beku. Berenang didalamnya anda akan terapung, dipercayai 2jam berendam dalam laut mati menambah 2cm ketinggian. Wallahualam. Dikiri kanan jalan sekitarnya merupakan gunung gunung pasir batu, didiami oleh orang Nomad Arab Badwi. Mereka tinggal didalam khemah khemah. Menternak kambing, biri biri dan bercucuk tanam. Hasil taninya meriah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...