Wednesday, January 15, 2020

Bertumbuk Di Alam Roh

Di keheningan pagi
Aku bangkit dengan 3 ruas jari yang tidak di Rasa. Kesan akibat 'stroke buatan' masih meninggalkan bisa, telah dua kali aku tumbang dengan stroke buatan ini. Alhamdulillah banyak kesyukuran yang perlu dipanjatkan kepada Allah, kerana keselamatan, perlindungan dan kesembuhan darinya.

Di malam hari...
Aku masih mengalami masalah untuk tidur, Bayangannya menjelma, mengembalikan hal hal ngeri yang menakutkan, walau kini kami telah terpisah alam. Ini kerana Dulu hampir setiap hari, ditengah malam...diterjah angin deru yang menakutkan.

Wak bilang...deru angin ini membawa "buatan manusia"
Suatu hari aku beranikan diri menghadap deru angin tersebut, berbekalkan ilmu rawatan ajaran Guru Ustaz Rawatan Islam, menggunakan tenaga rohani, bertumbuk dialam roh. Aku mensasarkan jantung dan paru parunya.


Pada waktu sama seorang Tok Moh...tersungkur terpercik darah dari hidung dan mulutnya. Dimasukkan ke hospital. Untuk beberapa hari deru angin itu tiada... tenang seketika. Dengar khabar dia keluar hospital semula...

Malam itu deru angin datang lagi, kesabaran ku memuncak, di alam Roh, aku menangkap deru angin tersebut, dengan siku menghentam betul betul di jantungnya. Tok Moh pada waktu sama ...terkeluar darah dari mulutnya, dimasukkan ke hospital semula. Dia tidak boleh bernafas, bergantung pada tiub pernafasan. Setelah dibacakan Yaasin mubin..dia pergi selamanya.

Ku lihat langit...membiru, Warna rumput hijau belantara, Setenang air bening, sekian lama aku tidak pernah merasa keamanan dan ketenangan ini. Tetapi...bayangan nya masih menghantui. Tujuan aku menulis coretan ini, wahai teman, amalkan RUQYAH, baca setiap malam, ayat ayatnya mempunyai khadam yang akan menjagamu atas izin Allah.

Kita tidak kenal alam ghaib, Kita tidak dapat menjangka buatan-buatan manusia, sekurang-kurangnya kita ada Perisai untuk menahan kejahatan mereka. Terima kasih kepada Guru-Guru yang sudi mengajar pelbagai ilmu, agama islam, rawatan, tasawuf, mendidik dengan sabar, menghadap karenah muridnya tanpa putus asa. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Dan aku percaya, kerana usaha guru, doanya dan bantuannya atas izin Allah telah menamatkan episod ngeri selama ini. Kerana tanpa mereka, diri ku lemah.

Kisah Nukilan oleh Tok Awang Ngoh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...