Sunday, November 17, 2019

Ziarah Makam Nabi Yunus as, Dalam Perut Ikan Nun 40 hari 40 malam, 3 Kegelapan

NABI YUNUS

Makam Nabi Yunus di Halhul Palestine. Mengikut kajian Nabi Yunus a.s bin mataa adalah keturunan daripada Nabi Yaakub a.s daripada jalur Bunyamin saudara kepada Nabi Yusuf a.s, berasal dari sebuah perkampungan minawa di Iraq.

Baginda telah berdakwah kepada kaumnya namun ditolak. Setelah sekian lama, yunus a.s telah keluar menghadap kaumnya dan memberi amaran akan datang azab yang pedih kepada mereka akibat mengingkari seruan dakwah tersebut. Lalu Yunus a.s meninggalkan kaumnya dan menaiki kapal.Kapal yang dinaiki oleh Nabi Yunus dilambung ombak tinggi dan hampir karam, maka tidak ada pilihan lain perlu dikurangkan muatan.

Takdir Allah Mengatasi Segalanya

Setelah berbincang dikalangan ahli kapal, lalu mereka setuju untuk mencabut undi, memilih siapa yang sepatutnya dikeluarkan daripada kapal. Takdir Allah, Nabiyullah Yunus dipilih. Namun disebabkan ahli kapal lain tidak sanggup untuk membuang Yunus a.s maka dibuat undian kedua tetap sama, dan seterusnya undian ketiga tetap nama Nabi Yunus as

Maka terjunlah Nabi ke dalam laut lalu disambar oleh ikan nun. Kisah ini dirakam oleh Allah swt dalam surah As-saafat 140-142

إِذْ أَبَقَ إِلَى الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ الْمُدْحَضِينَ فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ

(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat. (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut). Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.

Doa Nabi Yunus

Setelah ditelan oleh ikan nun, maka ikan tersebut terus menyelam sehingga ke dasar lautan, 40 hari 40 malam. 3 kegelapan... kegelapan Malam, laut dalam, perut ikan. lalu Nabi yunus mendengar suara yang lembut bertasbih memuji Allah.

Maka tersedarlah Yunus a.s bahawa Allah sentiasa ada, sentiasa mendengar, sentiasa mengetahui dan tiada suatu yang tidak berada dalam pengetahuan Allah. Sedangkan ikan dan kehidupan di dalam laut ini sekali pun Allah tahu, inikan pula baginda sebagai nabi yang diuji dengan keingkaran kaumnya. Maka tersedar daripada itu, lalu Nabi Yunus terus berdoa dengan suatu doa yang sangat agung yang dirakam dalam alquran al-anbiya : 87-88

وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

Lalu setelah itu Allah memperkenankan Doa Nabi Yunus as, Ikan nun memuntahkan Nabi Yunus a.s di tempat yang gersang persisiran Jafa Palestine (berdekatan Tel Aviv kami singgah di Jafa pemandangannya indah sekali) , lalu Allah selamatkan nabi yunus dengan rezeki daripada sisi. Baginda tinggal di Halhul selama setahun dan kembali kepada kaumnya di Iraq, dan mendapati kaumnya telah beriman saat baginda tiada.

Bawah gambar di sekitar Jaffa dan Masjid Mahmoudiyah









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...