Saturday, November 16, 2019

JERUSALEM: Kota Suci yang Menakjubkan Pandangan




Jerusalam: Kota Suci

Selepas berada di Jericho untuk makan tengahari, kami ke kota Jerusalem. Sebuah kota lama yang menakjubkan pandangan. Bangunan dan Jalan yang dibina dari batu batu asli sungguh indah. Sebahagian bangunan ini dibina sejak kerajaan kuno, mamluk, rom, uthmaniyyah etc. Kota Jerusalem telah diishtihar Mangkuk Hayun Trump sebagai ibu Kota neraka Israel.




Jerusalem - nama itu terus bergema di hati sebagian umat Yahudi, Kristian dan Muslim, sejak berabad-abad sengketa berdarah berlaku disini.

Dalam bahasa Ibrani disebut Yerushalayim dan dalam bahasa Arab disebut al-Quds, Jerusalem merupakan salah satu kota tertua di dunia. Di masa lalu, kota ini pernah berulang kali direbut, ditakluk, dihancur dan dibangunkan kembali oleh berbagai pihak, dan seakan akan setiap lapisan buminya mengungkap pelbagai potongan sejarah masa lalu.

Di Pusat Jerusalem telah didirikan satu Kota Tua, dikelilingi tembok tembok batu yang tinggi berupa benteng yang sukar ditembusi, berbentuk 4 penjuru, mempunyai laluan laluan sederhana sempit, dibahagikan kepada 4 bahagian, muslim, yahudi, kristian dan Masjid Al Aqsa. Aktiviti di sini, berupa penempatan manusia, perniagaan, tempat ibadah dan pendidikkan. Mempunyai beberapa Gates yang dikawal tentera israel laknatullah.

Damascuss gate





Setiap kawasan mewakili populasi tersendiri.

Masjid dan Muslim Quarter

Kawasan Muslim adalah yang terbesar dari keempatnya dan terdapat Kubah Batu (Kubah As-Shakrah, atau Dome of the Rock), Masjid Qibli, Masjid Buroq, Masjid Marwan dan Penjara Jin. Sekitarnya penuh tanaman pokok zaitun.

Masjid yang dikelola oleh kerajaan jordon itu merupakan tempat suci ketiga dalam Islam setelah Masjidil Haram di Mekkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Kita umat islam mengetahui Nabi Muhammad SAW datang ke Masjidil Aqsa dari Mekkah dalam perjalanan malam Israk Miraj, dan mengimamkan solat serta berdoa disini bersama 124000 ruh para nabi dan rasul. Oleh itu Al Aqsa menjadi kota penting umat islam.








Gereja dan Kristian Quarter

Orang-orang Kristian memiliki dua kawasan, karena orang-orang Armenia juga beragama Kristian. Kawasan Armenia ini, yang terkecil dari keempatnya, adalah salah satu pusat Armenia tertua di dunia. Di dalam Kawasan Kristian terdapat Gereja Holy Sepulchre, sebuah tempat ziarah penting para penganut kristian baru di seluruh dunia. Kerana, Jesus palsu yang telah mereka salib diusung ke gereja itu dibiarkan mati, dan dimandi, serta disemadikan.





Wailing wall dan Yahudi Quarter

Di Kawasan Yahudi terdapat Dinding Ratapan, atau western wall, sisa dari dinding tempat berdirinya Haikal Sulaiman. Umat Yahudi percaya bahwa inilah tempat batu yang menjadi asas pembentukkan bumi, iaitu batu di bawah kubah Dome of the rock.



Jewish quarter
Walaubagaimanapun amat menghairankan kenapa mereka begitu menuntut kota Jerusalam, kerana Yahudi di Palestine bukan dari suku Bani Israel 12 bersaudara anak nabi Yaakub. Majoriti Yahudi ini berasal dari Puak Khazar “Ashkanezi” ia adalah sebuah kabilah dari Tartar-Turki Kuno yang menetap di Utara Kaukasus. Dulunya menyembah syaitan, atas faktor politik memilih untuk menganut Yahudi pada kurun ke-8 Masehi.

Maka seandainya ada hak untuk kepulangan Yahudi maka bukanlah Palestin tempatnya, tetapi selatan Rusia.

Selain itu, terdapatnya kawasan perniagaan yang rancak di Old City Jerusalem. Restaurant yang unik. Jom lihat...











Moga kota suci Jerusalem terselamat dari kemusnahan. Sejarahnya sangat penting, kota rebutan ramai, pemandangannya menakjubkan.









Didapati sekitar masjidil aqsa samada didalam masjid atau diluar masjid terdapatnya tempat bersuluk para ahli sufi yang mengasingkan diri dari dunia.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...